Ya Allah.. Ya Tuhanku....
Jika dia bukan untukku,
Jauhkanlah perasaan suka ini terhadapnya..
Kau hilangkanlah perasaan suka yang pernah wujud di dalam hati ini..
Biarlah perasaan suka ini hanya wujud sekali sahaja untukknya...
Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan perasaan suka ini terhadapnya..
Sesungguhnya ia telah mampu membuka pintu hati ini untuk menyukai seseorang lelaki..
Begitu aku bersyukur terhadap-Mu kerana menjadikan aku insan yang normal..
Seikhlas hati aku mendoakan agar dia sentiasa diberkati-Mu Ya Allah dan bahagia walau di mana dia berada..
Setelah bertahun baru dapat ku akui aku masih menyukainya dan sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu betapa malunya aku disaat aku meluahkan perasaan kepadanya tetapi betapa aku bersyukur kerana diberi keberanian untuk meluahkan apa yang terpendam sekian lama..
Hasilnya jelas...Aku tenang, lega dan bebas di saat itu..
Alhamdulillah aku berjaya melepaskannya..
Terima kasih Ya Allah....
Selamat tinggal Mysterious Guy aka MG buat selama-lamanya..
Hadirmu memberi aku pengajaran yang amat bermakna..
Alhamdulillah..ada hikmah disebalik semuanya..
p/s: A Farewell Is Not The End BUT A Beginning Of New Phase In Life... : )
No comments:
Post a Comment